Tenaga Dalam

Mengolah Tenaga Dalam

Didalam tahap mengolah tenaga dalam ini akan dibahas mengenai hal hal berikut ini.
Kekuatan tenaga dalam boleh dilontarkan sama ada dengan sokongan/bantuan fizikal mahupun tanpa sokongan/bantuan fizikal. Melontarkan kekuatan dengan sokongan fizikal, menggunakan suatu perangkat yang disebut Jurus Tenaga Dalam. Dan jika tanpa sokongan fizikal, perangkat yang digunakan ialah apa yang disebut dengan Visualisasi ( = menggambarkan/membayangkan keadaan yang sebenarnya dengan perasaan ).
Sama ada dengan sokongan fizikal mahupun tanpa sokongan fizikal, kekuatan tenaga dalam hanya boleh dilontarkan/ditunjukkan apabila ada rangsangan ( berupa: serangan yang dilandasi dengan amarah, perasaan benci dan maksud-maksud lain yang bersifat jahat/merosak), yang datang dari luar. Latihan melontarkan kekuatan tenaga dalam yang akan diberikan di dalam seri latihan ini terutama ditekankan pada latihan melontarkan dengan menggunakan perangkat Jurus-jurus tenaga dalam. Kerana selain daripada menyihatkan cara ini juga lebih mudah dan efektif.

Sesiapa sahaja yang belajar tenaga dalam mulai dari "kosong" ( sama ada dengan Guru mahupun tanpa Guru), anda disarankan terlebih dahulu mempelajari jurus-jurus tenaga dalam sebelum mempelajari cara-cara Visualisasi. Cara-cara pelontaran tenaga dalam dengan Visualisasi memerlukan Prakondisi yang lebih sukar, dan biasanya hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah menguasai tenaga dalam di tingkat yang lebih tinggi.

Akan tetapi sebagai latihan (dan berdasarkan pengalaman praktikal, hasilnya ternyata lebih memuaskan), latihan-latihan jurus tenaga dalam yang akan diberikan dalam seri latihan ini sedikit-banyak akan dipadukan dengan penggunaan cara-cara visualisasi. Untuk itu, pelajari terlebih dahulu dasar-dasar pengetahuan berikut.

A. TEKNIK DASAR MELONTARKAN KEKUATAN TENAGA DALAM

Teknik dasar melontarkan kekuatan tenaga dalam pada prinsipnya ada tiga jenis, iaitu:
>Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TOLAK/LONTAR.
>Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TARIK/HISAP, dan
>Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TAHAN.

Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut harus difahami sebelum anda mempelajari jurus-jurus tenaga dalam. Kenapa begitu? Kerana jurus-jurus tenaga dalam pada prinsipnya merupakan penerapan dari ketiga teknik dasar tersebut yang diwujudkan dalam suatu rangkaian gerakan.

Kecuali teknik-teknik dasar pelontaran tenaga dalam, anda juga harus mengetahui syarat-syarat ( prakondisi ) yang harus dipenuhi agar teknik-teknik dasar tersebut dapat digunakan untuk melontarkan kekuatan tenaga dalam. Dengan mengetahui pelajaran-pelajaran dasar tersebut, diharapkan para Pelatih tidak hanya melatih gerakan-gerakan jurus tenaga dalam sekadar pelajaran oleh keperluan belakan. Melainkan lebih dari itu, Pelatih dapat merasakan aliran-aliran tenaga/energi yang masuk dan terpancar melalui pernafasan dan gerakan-gerakan.

1. Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tolak.
Teknik melontarkan tenaga dalam dengan Nafas Tolak ini dilakukan dengan cara: mengambil nafas melalui hidung dengan lembut dan menghembuskannya ( juga melalui hidung ) dengan keras/kuat. Teknik nafas tolak ini digunakan untuk melakukan serangan dari jarak jauh dan melemparkan lawan ke belakang. Teknik nafas tolak ini bersifat merosak/menghancurkan, apabila digunakan dengan menggunakan jurus-jurus tenaga dalam yang berbahaya boleh menimbulkan luka dalam pada lawan. Apabila digunakan dalam perawatan, teknik nafas tolak ini juga boleh digunakan untuk menghancurkan/membunuh penyakit.

2. Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tarik.
Teknik melontarkan tenaga dalam dengan Nafas Tarik ini dilakukan dengan cara : mengambil nafas melalui hidung dengan keras/kuat dan menghembuskannya ( juga melalui hidung ) dengan perlahan-lahan atau lembut. Teknik nafas tarik ini digunakan untuk menarik lawan atau objek sehingga lawan atau objek tersebut bergerak ke arah kita tanpa kendali/kontrol. Di dalam praktik perawatan, teknik ini digunakan untuk menyedut penyakit (: energi penyakit yang bersifat merosak ) dari dalam tubuh orang yang sakit. Teknik ini biasanya digunakan setelah penyakit si pesakit dihancurkan dengan menggunakan teknik nafas tolak ( penyakit dihancurkan terlebih dahulu ).

3. Teknik Melontarkan Tenaga Dalam Dengan Nafas Tahan.
Teknik melontarkan tenaga dalam dengan Nafas Tahan ini dilakukan dengan cara : menarik/mengambil nafas melalui hidung dengan keras/kuat kemudian menahannya pada pusat getar ( di perut atau dada ) dengan mengeraskan pusat getar tersebut. Teknik nafas tahan ini digunakan untuk membentuk perisai/benteng di sekeliling tubuh, sehingga serangan yang dilancarkan oleh lawan tidak akan sampai pada sasaran. Teknik nafas tahan ini bersifat defensif dan akan memberi kesan kekebalan pada tubuh. Serangan lawan yang dilancarkan tanpa emosi dan mengenai tubuh kita, harus kita hadapi dengan menggunakan teknik nafas tahan ini sehingga tidak menimbulkan rasa sakit.
Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut hanya boleh dilakukan secara baik apabila telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Ada dua syarat yang harus dipenuhi agar ketiga teknik tersebut dapat diterapkan secara baik, iaitu : syarat utama dan syarat penunjang.

Syarat-syarat Utama :
a. Pemusatan Tenaga ( KONSENTRASI ). Kekuatan tenaga dalam hanya boleh kita lontarkan apabila kita dapat memusatkan tenaga yang akan kita lontarkan itu pada pusat getar, kemudian bergerak dan terpancar melalui saluran-saluran yang tersedia, misalnya telapak tangan, jari-jari tangan dan lain-lain. Tanpa konsentrasi, tenaga dalam tak akan pernah terwujud.

b. Penguatan Daya Dorong ( KEYAKINAN/KEPERCAYAAN ). Tenaga dalam merupakan hal yang abstrak, tanpa adanya unsur kepercayaan atau keyakinan terhadap kewujudan/eksistensi dari daya tenaga dalam maka tenaga dalam juga tidak dapat dilontarkan. Semakin besar keyakinan/kepercayaan yang kita miliki, maka semakin besar tenaga dalam yang dapat kita lontarkan.

c. Penggambaran/Pembayangan ( VISUALISASI ). Tenaga dalam merupakan tenaga murni yang bebas nilai, ia akan menemukan bentuknya sesuai dengan cipta-rasa pemiliknya. Untuk dapat melontarkan kekuatan tenaga dalam harus diciptakan suatu gambaran atau visualisasi dari sebuah bentuk aplikasi tenaga dalam. Visualisasi ini merupakan syarat utama, kerana tanpa visualisasi tenaga dalam tak akan berbentuk dan dengan sendirinya tak akan dapat dilontarkan.

Syarat-syarat Penunjang :
Kecuali tiga syarat utama tersebut di atas, ada beberapa syarat penunjang yang tidak semestinya dipakai namun apabila dilakukan dengan baik akan sangat membantu semua syarat utama. Bahkan beberapa aliran perguruan tenaga dalam menggunakan syarat-syarat penunjang ini sebagai hal yang prinsip/pokok dan apabila ditinggalkan besar sekali pengaruhnya terhadap kekuatan tenaga dalam yang dilontarkan. Syarat-syarat penunjang/pendukung itu ialah : Manteran/Jampi, Doa dan Kata-kata.

>Mantera / Jampi. Mantera atau jampi adalah rangkaian kata-kata atau kalimat ( seperti puisi ), yang apabila diucapkan atau dilafaz dengan suatu sikap/tatalaku tertentu dan diyakini akan menimbulkan suatu daya atau kekuatan.

>Doa. Doa adalah suatu tuntunan untuk meminta kepada Tuhan Allah. Berbeza dengan mantera, doa mempunyai sumber yang jelas yakni berasal dari tuntunan para Nabi. Kalimat-kalimat yang tersusun dalam suatu doa juga mempunyai erti yang jelas, tidak seperti mantera/jampi yang susunan mahupun erti kata atau kalimat-kalimatnya pada umumnya tidak jelas, kabur bahkan jungkir-balik.

>Kata-kata. Yang dimaksudkan dengan kata-kata di sini ialah ucapan-ucapan yang dilakukan secara spontan semasa seseorang melontarkan tenaga dalam. Kata-kata ini selalu menggunakan bahasa yang difahami oleh orang yang melakukannya. Misalnya, pada waktu kita melontarkan tenaga dalam kita iringi dengan mengucapkan salah satu sifat Allah ( Asma Ul Husna ) yang berbunyi " Ya Qowiyyu " = Yang Maha Kuat. Kata-kata yang kita ucapkan pada waktu melontarkan tenaga dalam juga dapat diambil dari bahasa sehari-hari tanpa harus mengikuti aturan tertentu. Yang penting kita meyakininya, dengan mengucapkan kata-kata itu tenaga dalam kita akan lebih terpusatkan.

Dari penjelasan-penjelasan tersebut jelaslah bahawa syarat-syarat penunjang mempunyai nilai yang positif yang boleh membantu konsentrasi, keyakinan mahupun visualisasi. Syarat-syarat penunjang tersebut sifatnya subjektif dan perguruan-centris, masing-masing perguruan tenaga dalam mempunyai pelajaran dan tata cara yang berbeza-beza. Dan agar tidak mengurangi nilai "keumuman" sesi latihan ini maka ketiga syarat penunjang tersebut sengaja tidak diberikan di dalam sesi latihan ini. Walau bagaimanapun, dijamin bahawa kesahihan daripada pelajaran ilmu tenaga dalam dalam sesi latihan ini tidak di bawah mana-mana ilmu tenaga dalam yang menggunakan mantera, doa mahupun kata-kata.

B. LATIHAN JURUS-JURUS TENAGA DALAM

Jurus tenaga dalam adalah rangkaian gerakan yang dijalankan menurut arah, pola dan cara melangkah tertentu yang ada di dalam ilmu tenaga dalam. Gerakan-gerakan yang dirangkaikan di dalam jurus tenaga dalam tidak disiapkan untuk menghadapi hubungan/kontak langsung dengan serangan fizikal dari pihak lawan. Akan tetapi lebih ditekankan sebagai latihan guna mempersiapkan fizikal agar dapat dijadikan sebagai sarana yang baik dalam pengungkapan/pelontaran kekuatan tenaga dalam. Dengan jurus-jurus tenaga dalam, fizikal diberi latihan yang mengarah kepada terbukanya saluran tenaga dalam melalui fizikal.

Jurus Satu
Jurus Satu merupakan jurus untuk membentuk benteng atau pagar tenaga dalam. Dengan jurus ini, maka di sekeliling tubuh anda akan terbentuk suatu pancaran tenaga dalam ( aura ) yang akan melindungi diri anda dari serangan yang bersifat jahat dan destruktif/merosak. Radius tenaga dalam yang boleh ditimbulkan dengan memperagakan jurus yang pertama ini, tebal-nipisnya sangat bergantung pada keberkesanan latihan anda.

Jurus yang pertama ini berfungsi untuk pertahanan diri ( defensif ), dilakukan dengan menggunakan TEKNIK NAFAS TAHAN. Dalam radius tertentu, lawan yang menyerang dari berbagai arah tidak akan mampu mendekati anda. Setiap kali hendak mendekat ia akan terdorong atau terpental/terpelanting ke belakang. Bahkan jika tenaga dalam yang kita miliki terlalu kuat, ia akan langsung terpelanting ke tanah dan pengsan.

Perhatikan cara melatihnya pada peragaan-peragaan di bawah ini :
a. Gerakan / Kiraan 1
Berdirilah dengan tegap, kaki rapat. Tarik nafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu, letakkan tangan kiri di depan dada dengan hujung-hujung jarinya menghadap ke atas, manakala tangan kanan dirapatkan/ditempelkan rapat-rapat di samping/sisi pinggang ( perhatikan gambar Gerakan 1 ). Pada saat melakukan gerakan tersebut, seluruh kekuatan harus dipusatkan pada perut, dada dan kedua belah tangan anda. Pertahankan/kekalkan posisi demikian selama 8 ( lapan saat ), kemudian keluarkan nafas dengan lembut melalui hidung.

b. Gerakan / Kiraan 2 :
Ambil nafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu balikkan badan anda ke kanan ( seperti orang sedang kawat/berbaris ), dan buatlah gerakan seperti pada gerakan/kiraan 1. tetapi posisi tangan harus dibalik, tangan kanan diletakkan di depan dada sedangkan tangan kiri di sisi pinggang. Pertahankan posisi demikian selama 8 saat, lalu keluarkan nafas dengan perlahan-lahan melalui hidung.

Formasi jurus 1 adalah membentuk gerakan empat penjuru/mata angin, dilakukan dengan 4 kali kiraan dengan gerakan dari arah kiri ke kanan. Apabila pada kiraan 1 anda menghadap ke sebelah selatan maka pada kiraan 1 anda menghadap ke sebelah barat. Pada kiraan 3 anda menghadap ke utara dan pada kiraan 4 anda menghadap ke sebelah timur. Pada kiraan 1, anda kembali menghadap ke sebelah selatan. Gerakan/kiraan 1 sama dengan gerakan kiraan 3, dan gerakan kiraan 2 sama dengan gerakan kiraan 4.

Formasi gerakan se-arah dengan pusingan jam, merupakan putaran alam yang boleh menimbulkan suatu kekuatan dan tenaga.

Jurus Dua
Jurus Dua merupakan jurus dorong, jurus untuk melontarkan kekuatan tenaga dalam melalui satu tangan. Lawan yang terkena serangan jurus ini akan terpental ke belakang. Bahkan jika tenaga dalam yang kita miliki terlalu kuat dan lawan menyerang dengan emosi yang tinggi, lawan akan terdorong dengan keras dan langsung pengsan. Jurus ini dilakukan dengan TEKNIK NAFAS TOLAK, dan terdiri dari 4 gerakan atau kiraan. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah ini:
a. Gerakan / Kiraan 1
Berdirilah dengan tegap dan kaki rapat, seperti ketika akan mengawali jurus satu. Kemudian ambil nafas yang dalam dengan perlahan melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu, buatlah posisi kuda-kuda tengan (ongkong-ongkong) dan letakkan kedua tangan di samping pinggang. Tarik kedua tangan anda itu ke belakang bersama dengan tarikan nafas, pergelangan tangan harus menempel/rapat pada pinggang dan hujung-hujung jari menghadap ke bawah. (Perhatikan gambar di atas ).

b. Gerakan / Kiraan 2
Geser kaki kiri anda dan dorongkan telapak tangan anda ke depan. Bersamaan dengan itu, hembuskan nafas anda dengan keras melalui hidung. Pada saat melakukan gerakan dan pernafasan tersebut, anda harus menggambarkan/merasakan seolah-olah tenaga dalam anda terpancar melalui telapak tangan kiri.
Catatan :
Untuk menguatkan pusat getar, pada saat melakukan gerakan/kiraan 2 ini maka perut, dada dan tangan kanan harus dikeraskan. Ini boleh dibantu dengan menempelkan tangan kanan keras-keras pada perut.

c. Gerakan / Kiraan 3
Ambil nafas lagi perlahan-lahan dan dalam melalui hidung, bersamaan dengan itu geser kaki kanan ke depan untuk membentuk posisi seperti pada posisi kiraan 1.

Perhatian :
Pada waktu menggeser kaki ke depan, kaki harus tetap menempel pada tanah/lantai ( tidak boleh diangkat ). Geseran kaki ke depan harus dilakukan dengan gerakan silang, tidak lurus.

d. Gerakan / Kiraan 4
Geser kaki kanan ke depan dan dorongkan telapak tangan kanan anda searah dengan langkah kaki kanan anda. Bersamaan dengan itu, hembuskan nafas anda dengan keras melalui hidung dan gambarkan/rasakan seolah-olah tenaga dalam terpancar melalui telapak tangan kanan. Tempelkan tangan kiri di depan perut dan keraskan dada, perut serta tangan seperti pada waktu melakukan gerakan kiraan 2.

Jurus Tiga
Pada prinsipnya jurus tiga sama dengan jurus dua. Perbezaannya, jika jurus dua merupakan cara untuk melontarkan tenaga dalam melalui satu tangan maka jurus tiga menggunakan dua tangan sekaligus. Sehingga kekuatan yang boleh ditimbulkan oleh jurus tiga ini lebih besar daripada jurus yang kedua. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah :
a. Gerakan / Kiraan 1
Awali jurus tiga dengan berdiri tegap, kaki rapat dan kedua tangan lurus di samping/sisi pinggang ( sikap sempurna ). Ambil nafas perlahan-lahan dan dalam melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu, geserlah kaki ke samping untuk membuat posisi kuda-kuda tengah (ongkong-ongkong). Silangkan kedua tangan di depan dada seperti nampak pada gambar di atas.
b. Gerakan / Kiraan 2
Langkah/geser kaki kiri ke depan dan dorongkan kedua telapak tangan searah dengan langkah anda. Bersamaan dengan itu, hembuskan nafas anda dengan keras melalui hidung dan bayangkan seolah-olah kekuatan tenaga dalam anda terpancar melalui kedua telapak tangan. Dada, perut dan kedua tangan harus dikeraskan.

c. Gerakan / Kiraan 3
Ambil nafas lagi dengan perlahan dan dalam melalui hidung, bersamaan dengan itu, langkahkan/geser kaki kanan ke depan untuk membentuk posisi seperti posisi pada kiraan 1.

d. Gerakan / Kiraan 4

Geser/langkahkan kaki kanan ke depan dan dorongkan kedua telapak tangan searah dengan langkah anda. Bersamaan dengan itu, lakukan tata cara seperti pada gerakan / kiraan yang ke-2 di atas. Jurus tiga ini diakhiri dengan sikap seperti pada waktu akan mengawali jurus.

Jurus Empat
Jurus Empat merupakan kebalikan dari jurus Tiga. Jurus ini berfungsi untuk menarik objek agar mendekat ke arah kita. Dilakukan dengan menggunakan TEKNIK NAFAS TARIK. Lawan yang terkena sedutan jurus ini, tubuhnya akan tertarik dan terhuyung-huyung ke depan ( ke arah kita ) tanpa kendali/kontrol.

Oleh kerana jurus Empat ini bersifat menarik, maka hanya boleh digunakan apabila jarak lawan cukup jauh misalnya untuk menarik pencuri yang melarikan diri. Jurus ini tidak boleh digunakan untuk menarik lawan yang berusaha melakukan serangan, kerana ia akan tertarik ke arah kita dan kemungkinan serangannya akan mengenai diri kita. Apalagi jika lawan membawa senjata tajam. Jurus ni juga boleh digunakan untuk menyedut kekuatan musuh yang emosi, misalnya dalam suatu perkelahian tinju biasa ( tanpa tenaga dalam ). Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah:
a. Gerakan / Kiraan 1
Gerakan / Kiraan 1 jurus Empat ini sama dengan gerakan/kiraan 1 jurus tiga. Tetapi tidak dilakukan dengan mengambil nafas, melainkan cukup dengan pernafasan biasa.

b. Gerakan / kiraan 2
Langkah / geserlah kaki kiri ke belakang. Tarik kedua siku anda ke belakang dengan hujung-hujung jari tangan menghadap ke bawah dan pergelangan tangan menempel di samping/sisi pinggang. Bersamaan dengan itu, tariklah nafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Pada saat menarik nafas, gambarkan/rasakan seolah-olah anda menarik benda yang berat serta keraskan otot-otot tangan, dada dan perut.

c. Gerakan / Kiraan 3
Hembuskan nafas dengan perlahan/lembut melalui hidung dan geser kaki kanan anda ke belakang untuk membentuk sikap seperti pada gerakan / kiraan 1.

d. Gerakan / Kiraan 4
Geserlah kaki kanan anda ke belakang dan lakukanlah tata cara seperti pada waktu anda melakukan gerakan/kiraan 2. Setelah anda melakukan gerakan/kiraan 4, kembalilah ke gerakan/kiraan 1,2,3 dan seterusnya. Untuk mengakhiri jurus empat ini anda harus kembali ke sikap sempurna seperti pada waktu mengawali jurus.

Jurus Lima
Jurus Lima adalah jurus tarik sekaligus sebagai jurus kuncian. Jurus ini terutamanya dimaksudkan untuk menghadapi pengeroyokan. Musuh yang terkena serangan jurus ini badannya akan bergerak terhuyung-huyung tanpa kendali, kemudian mengumpul menjadi satu dan terkunci. Jurus ini dilakukan dengan menggunakan TEKNIK NAFAS TARIK. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah ini :

a. Gerakan / Kiraan 1
Awali jurus dengan sikap sempurna ( = berdiri tetap, kaki rapat dan kedua tangan lurus di samping/sisi pinggang). Pada kiraan 1, geser kaki kiri ke samping kiri dan buatlah sikap kuda-kuda tengah (ongkong-ongkong). Tempatkan kedua tangan seperti nampak pada peragaan di atas.

b. Gerakan / Kiraan 2
Angkat kedua tangan anda perlahan-lahan ke atas, bayangkan / rasakan seolah-olah anda mengangkat benda yang sangat berat. Iringi gerakan itu dengan menarik nafas kuat-kuat melalui hidung dan mengeraskan otot-otot tangan, dada serta perut. Pada akhir sedutan nafas, kedua telapak tangan harus disatukan di atas kepala. Sementara nafas harus ditahan di dalam dada.

c. Gerakan / Kiraan 3
Dengan tetap menahan nafas, turunkan tangan anda ( kedua telapak tangan tetap saling menempel/dirapatkan ) dan tariklah siku tangan kiri di samping tubuh sebelah kiri. Pusatkan seluruh kekuatan pada kedua telapak tangan.

d. Gerakan / Kiraan 4
Dengan tetap menahan nafas, baliklah telapak tangan anda (telapak tangan kiri di atas telapak tangan kanan, tetap saling menempel ). Gerakkan kedua telapak tangan ke depan perut, keraskan otot perut dan pusatkan seluruh kekuatan pada kedua telapak tangan.

e. Gerakan / Kiraan 5 :
Kembali ke sikap seperti pada gerakan / kiraan 1.

f. Gerakan / Kiraan 6 :
Lakukan gerakan dan tata cara seperti pada gerakan dan tata cara kiraan 2.

g. Gerakan / Kiraan 7 :<br>
Lakukan gerakan seperti pada gerakan/kiraan 3, tetapi letak tangan dan posisi telapak tangan harus dibalik.

h. Gerakan / Kiraan 8 :
Lakukan gerakan seperti pada gerakan / kiraan 4. Akan tetapi posisi telapak tangan harus dibalik, telapak tangan kanan di atas telapak tangan yang kiri. Jurus Lima ini diakhiri dengan kembali ke sikap sempurna seperti pada waktu akan mengawali jurus.

Jurus Enam
Jurus Enam adalah jurus buka. Berfungsi untuk membuka kuncian jurus lima. Jurus ini juga dapat digunakan untuk membuka pagaran tenaga dalam yang dibuat oleh orang lain. Teknik pernafasan yang digunakan untuk melakukan jurus ini ialah TEKNIK NAFAS TOLAK. Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan berikut ini :

a. Gerakan / Kiraan 1 :
Awali jurus Enam dengan sikap sempurna. Kemudian pada kiraan 1, geserlah kaki kiri ke samping kiri untuk membuat sikap kuda-kuda tengah (ongkong-ongkong). Bersamaan dengan itu, satukan telapak tangan anda di depan perut dan tariklah nafas dengan perlahan-lahan dan dalam melalui hidung lalu tahanlah di dalam dada.

b. Gerakan / Kiraan 2 :
Langkahkan kaki kiri ke depan dan sibakkan kedua tangan anda ke samping. Gerakan itu harus anda lakukan bersama-sama dengan menghentakkan nafas dengan keras/kuat melalui hidung. Dan juga harus disertai dengan membayangkan/merasakan adanya aliran tenaga yang mengalir dan terpancar melalui "pedang" tangan ( = sisi telapak tangan ).

c. Gerakan / Kiraan 3 :
Geser/langkahkan kaki kanan ke depan untuk membentuk sikap seperti pada kiraan 1, dengan posisi telapak tangan di balik (telapak tangan kiri di atas telapak tangan kanan ).

d. Gerakan / Kiraan 4 :
Langkahkan/geser kaki kanan ke depan, lakukan gerakan serta tata cara seperti pada kiraan 2. Jurus ini dapat dijalankan terus ke depan dengan gerakan/kiraan 1 sampai dengan 4 seperti tersebut di atas. Untuk mengakhiri jurus ini, anda harus kembali membentuk sikap sempurna ( = berdiri tegap, kaki rapat dan kedua tangan lurus di samping pinggang ).

Enam jurus tenaga dalam yang telah diberikan dalam Tahap ini merupakan jurus-jurus dasar yang harus dikuasai oleh sesiapa sahaja yang mempelajari ilmu tenaga dalam di tingkat permulaan. Oleh kerana jurus tenaga dalam itu merupakan perangkat atau sarana untuk menyalurkan / melontarkan kekuatan tenaga dalam, maka harus dilatih secara rutin dan terus menerus. Jurus-jurus tersebut tidak cukup dengan hanya dihafal dan difahami pengertiannya, melainkan harus dilatih sehingga sama ada gerakan mahupun tata nafasnya menjadi suatu yang automatik.

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama